Thursday, June 18, 2020

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KEPIMPINAN DAN ORGANISASI )

Perbincangan
1.  Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua?

  Gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua ialah gaya kepimpinan demokratik. Dalam suasana yang membenarkan kepimpinan demokratik, proses membuat pilihan dan keseluruhan tanggungjawab antara ahli kumpulan yang banyak dikongsi. Gaya kepimpinan ini melibatkan lebih ramai ahli untuk menyumbang kepada proses membuat keputusan. Contohnya, dalam sesuatu perbincangan, pengetua perlu membincangkan dengan ahli-ahlinya iaitu guru-guru dan mereka juga digalakkan untuk memberi cadangan atau pendapat kepada pengetua sebelum membuat sesuatu keputusan. Dengan gaya kepimpinan ini, semua ahli dapat puas hati kepada keputusan kerana keputusan ini dibincangkan oleh semua ahli serta memberi pendapat masing-masing. Dengan gaya kepimpinan ini, pengetua membenarkan semua guru untuk menjadi sebahagian daripada proses, cara pengurusan ini membenarkan kreativiti dan pemikiran kreatif supaya dapat melahirkan cara-cara atau idea yang berkesan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, gaya kepimpinan ini dapat membantu pembangunan, kemajuan dan kejayaan dalam sebuah sekolah.


2.  Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pengetua atau pemimpin yang berkesan dalam sesebuah organisasi?

Pemimpin atau pengetua memainkan peranan yang penting yang menerajui organisasi atau sekolah bagi menuju wawasan, matlamat dan objektif yang ditetapkan. Keupayaan pemimpin atau pengetua dalam menerajui organisasi atau sekolah juga dijadikan sebagai faktor yang boleh menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan. Selain itu, menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana seseorang pemimpin akan menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan dalam organisasinya. Oleh itu, seorang pemimpin atau pengetua yang berjaya perlu mengamalkan ciri-ciri yang baik supaya menjadi role model kepada pekerja atau guru dalam organisasi.


i.  Keupayaan meyakini dan mampu mendelegasikan tugas kepada orang lain
    Seseorang pemimpin atau pengetua harus mempercayai kebolehan orang lain dan sanggup mendelegasikan tugas kepada orang yang tepat supaya dapat mengekalkan keberkesanan carta organisasi sekolah. Contohnya, pengetua perlu mengetahui kebolehan dan bakat guru-guru supaya mengupayakan mereka tugas-tugas atau program yang sesuai. Dengan ini, pemimpin atau pengetua dapat lebih fokus kepada tugas yang lebih penting.
     
ii.  Keyakinan diri dan optimistik
Seseorang pemimpin atau pengetua haruslah mempunyai keyakinan diri dan mengamalkan sikap optimistik. Bukanlah mudah untuk menjadi seorang pemimpin atau pengetua kerana seorang pemimpin atau pengetua akan berhadapan dengan situasi yang sukar atau menghadapi pelbagai cabaran serta tekanan dalam organisasinya. Oleh itu, seorang pemimpin perlu mempunyai keyakinan diri untuk berdepan pelbagai cabaran yang akan datang. Selain itu, sebagai pengetua atau pemimpin juga perlu memiliki sikap optimistik dan positif supaya dapat mengurus perjalanan organisasinya dengan lancar dan menjaga kesihatan diri. Pemimpin atau pengetua perlu sentiasa tetap tenang dan kepercayaan diri mampu mengatasi masalah yang dihadapi.

iii.  Kejujuran dan integriti
    Sebagai seorang pemimpin atau pengetua hendaklah mengamalkan sikap kejujuran dan integriti supaya dipercayai oleh pekerja atau guru-guru serta murid-murid. Sikap positif daripada pemimpin atau pengetua akan mempengaruhi kepada pekerja atau guru-guru serta murid-murid supaya pemimpin atau pengetua dapat dijadikan sebagai role model atau imej yang baik kepada mereka. Pemimpin atau pengetua juga perlu menunjukkan kejujuran dalam membuat sesuatu keputusan atau mengambil sesuatu tindakan dan tidak mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan diri.
     

No comments:

Post a Comment

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KEPIMPINAN DAN ORGANISASI )

Perbincangan 1.   Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua?   Gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan o...