Thursday, June 18, 2020

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KEPIMPINAN DAN ORGANISASI )

Perbincangan
1.  Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua?

  Gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua ialah gaya kepimpinan demokratik. Dalam suasana yang membenarkan kepimpinan demokratik, proses membuat pilihan dan keseluruhan tanggungjawab antara ahli kumpulan yang banyak dikongsi. Gaya kepimpinan ini melibatkan lebih ramai ahli untuk menyumbang kepada proses membuat keputusan. Contohnya, dalam sesuatu perbincangan, pengetua perlu membincangkan dengan ahli-ahlinya iaitu guru-guru dan mereka juga digalakkan untuk memberi cadangan atau pendapat kepada pengetua sebelum membuat sesuatu keputusan. Dengan gaya kepimpinan ini, semua ahli dapat puas hati kepada keputusan kerana keputusan ini dibincangkan oleh semua ahli serta memberi pendapat masing-masing. Dengan gaya kepimpinan ini, pengetua membenarkan semua guru untuk menjadi sebahagian daripada proses, cara pengurusan ini membenarkan kreativiti dan pemikiran kreatif supaya dapat melahirkan cara-cara atau idea yang berkesan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, gaya kepimpinan ini dapat membantu pembangunan, kemajuan dan kejayaan dalam sebuah sekolah.


2.  Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pengetua atau pemimpin yang berkesan dalam sesebuah organisasi?

Pemimpin atau pengetua memainkan peranan yang penting yang menerajui organisasi atau sekolah bagi menuju wawasan, matlamat dan objektif yang ditetapkan. Keupayaan pemimpin atau pengetua dalam menerajui organisasi atau sekolah juga dijadikan sebagai faktor yang boleh menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan. Selain itu, menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana seseorang pemimpin akan menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan dalam organisasinya. Oleh itu, seorang pemimpin atau pengetua yang berjaya perlu mengamalkan ciri-ciri yang baik supaya menjadi role model kepada pekerja atau guru dalam organisasi.


i.  Keupayaan meyakini dan mampu mendelegasikan tugas kepada orang lain
    Seseorang pemimpin atau pengetua harus mempercayai kebolehan orang lain dan sanggup mendelegasikan tugas kepada orang yang tepat supaya dapat mengekalkan keberkesanan carta organisasi sekolah. Contohnya, pengetua perlu mengetahui kebolehan dan bakat guru-guru supaya mengupayakan mereka tugas-tugas atau program yang sesuai. Dengan ini, pemimpin atau pengetua dapat lebih fokus kepada tugas yang lebih penting.
     
ii.  Keyakinan diri dan optimistik
Seseorang pemimpin atau pengetua haruslah mempunyai keyakinan diri dan mengamalkan sikap optimistik. Bukanlah mudah untuk menjadi seorang pemimpin atau pengetua kerana seorang pemimpin atau pengetua akan berhadapan dengan situasi yang sukar atau menghadapi pelbagai cabaran serta tekanan dalam organisasinya. Oleh itu, seorang pemimpin perlu mempunyai keyakinan diri untuk berdepan pelbagai cabaran yang akan datang. Selain itu, sebagai pengetua atau pemimpin juga perlu memiliki sikap optimistik dan positif supaya dapat mengurus perjalanan organisasinya dengan lancar dan menjaga kesihatan diri. Pemimpin atau pengetua perlu sentiasa tetap tenang dan kepercayaan diri mampu mengatasi masalah yang dihadapi.

iii.  Kejujuran dan integriti
    Sebagai seorang pemimpin atau pengetua hendaklah mengamalkan sikap kejujuran dan integriti supaya dipercayai oleh pekerja atau guru-guru serta murid-murid. Sikap positif daripada pemimpin atau pengetua akan mempengaruhi kepada pekerja atau guru-guru serta murid-murid supaya pemimpin atau pengetua dapat dijadikan sebagai role model atau imej yang baik kepada mereka. Pemimpin atau pengetua juga perlu menunjukkan kejujuran dalam membuat sesuatu keputusan atau mengambil sesuatu tindakan dan tidak mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan diri.
     

Sunday, April 12, 2020

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN ( KEPIMPINAN DAN ORGANISASI )


2.0  Objektif
  •  Menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan di sekolah
  •  Mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi di sekolah
  •  Menganalisis struktur/carta organisasi sekolah serta peranan dan fungsi setiap jabatan dalam sekolah
  •  Menganalisis gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah
  • Menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah sekolah

Kajian ini mempunyai lima objektif untuk mengkaji kepimpinan dan organisasi. Objektif pertama dalam kajian ini adalah untuk menganalisis jenis-jenis gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di sekolah. Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya mereka bekerja kuat untuk mencapai matlamat organisasi. Setiap gaya kepimpinan terdapat fungsi dan kesan yang berbeza. Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui dan mempelajari setiap fungsi dan kesan gaya kepimpinan. Objektif yang seterusnya ialah mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi. Pemimpin memainkan peranan yang penting untuk menerajui organisasi bagi menuju wawasan, matlamat dan objektif yang ditetapkan. Keupayaan pemimpin dalam menerajui organisasi juga dijadikan sebagai faktor yang boleh menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan. Oleh itu, melalui kajian ini, kita dapat mempelajari bagaimana seorang pengetua memainkan peranan penting dalam sebuah organisasi sekolah.

  Selain itu, objektif ketiga adalah menganalisis struktur/carta organisasi sekolah serta peranan dan fungsi setiap bahagian dalam organisasi sekolah. Tujuan objektif ini adalah menganalisis bagaimana struktur atau carta organisasi sekolah dibentuk dengan berkesan dan sistematik. Objektif ini juga mengkaji bagaimana setiap jabatan sekolah melaksanakan bidang tugas masing-masing yang membawa kecemerlangan, keberkesanan dan kecekapan dalam sebuah sekolah. Di samping itu, kajian ini juga menganalisis gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah. Melalui pengumpulan data untuk menganalisis jenis-jenis gaya kepimpinan yang mana lebih tinggi atau sesuai untuk diamalkan di sekolah. Gaya kepimpinan yang berkesan penting kepada seseorang pengetua untuk menguruskan sekolah atau guru-guru kerana gaya kepimpinan yang berkesan dapat membantu pembangunan, kemajuan dan kejayaan dalam sebuah sekolah. Objektif terakhir adalah menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi. Melalui penyelidikan ini, kita dapat mengetahui ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pengetua supaya pengetua dapat menjadi role model kepada pekerja atau guru dalam sesebuah sekolah.

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KEPIMPINAN DAN ORGANISASI )

Perbincangan 1.   Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua?   Gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan o...